Sistem bekalan arus ulang alik tiga fasa dikendalikan dalam dua bentuk sambungan iaitu Bintang dan Delta.
Sambungan bintang mempunyai tiga talian fasa dan satu talian neutral.
Sambungan delta mempunyai tiga talian fasa dan tanpa talian neutral.
Dalam sambungan bintang 3 fasa-4 dawai, setiap talian fasa yang dipasangkan dengan talian neutral akan menyediakan satu sistem bekalan satu fasa. Dengan kata lain, sistem satu fasa hanya boleh diperolehi daripada sistem bekalan sambungan bintang sahaja, tetapi sistem bekalan tiga fasa boleh diperolehi daripada kedua-dua sambungan bintang dan delta.
Walaubagaimanapun, kedua-dua sistem banyak digunakan bergantung kepada kesesuaian dalam berbagai aspek seperti aras voltan, bentuk sambungan fasa, jumlah kuasa, saiz kabel dan sebagainya.